Wednesday, 4 December 2013
Friday, 22 November 2013
Pertandingan Dikir Barat PBBM Peringkat Negeri Kelantan
KOTA BHARU, Kelantan 23 November 2013;
YBhg Tan Sri Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar CEO LHDNM merangkap Yang Dipertua Persatuan Badan Berkanun Malaysia, YBhg Datuk Sabin Samitah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) merangkap Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia, YBrs Abdul Manap Dim, Pengarah JOC merangkap Setiausaha Kehormat (PBBM), Cik Mahhani A Manan, Pengarah Negeri Terengganu/Kelantan dan Hj Mohamad Zain Mohamad Said, Pengarah Cawangan Kota Bharu merangkap Pengerusi Pengelola Pertandingan, bergambar sebelum pertandingan
Wednesday, 20 November 2013
Format Pungutan Mata
Berdasarkan Format Baru Pengiraan Mata Kemenangan PSKK Ke-39 2013
Perbandingan (Agensi - Emas / Perak / Gangsa)
2012
BSN-7/3/1, JKDM-3/2/2, KWSP-2/3/4, LHDM-0/1/3, LADA-0/1/1, JPPH-0/1/0, BNM-0/0/1, MOF-0/0/1, SC-0/0/0 & KWAP-0/0/0
2013
BSN-10/2/3, KWSP-4/3/3, LHDNM-3/4/4, JKDM-1/6/5, LADA-1/0/0, MOF-0/4/1, JPPH-0/0/2, BNM-0/0/1, KWAP-0/0/0 & SC-0/0/0
2014
LHDNM-?
Nota:
Berdasarkan pencapaian acara olahraga pungutan pingat boleh dipertingkat memandangkan beberapa atlet berpotensi tidak tutur serta. LHDNM pemenang pingat perak olahraga hanya kekurangan 4 mata. Walau bagaimana pun pasukan bola tampar w dan pasukan karom memberikan kemenangan bermakna dengan memungut pingat emas dan memungut 4 pingat perak berbanding hanya 2 pingat perak tahun 2013. Memungut 4 pingat gangsa berbanding 3 pingat gangsa tahun lalu. Acara Golf juga meningkat di tempat ke-4 2013 berbanding ke-5 tahun lalu begitu juga acara tenis meningkat dari kedudukan ke-4 tahun lalu ke-3 2013.
PSKK Ke-40 2014
LHDNM bukan sahaja berhasrat menjadi pengelola terbaik malah akan berusaha menambah pungutan pingat emas menerusi Pasukan LHDNM....
Sent from my iPad : Supa'at Hj Othman
LHDNM Tuan Rumah PSKK Ke-40 2014
17 November 2013, Inspen 2 Putrajaya;
Majlis Sukan Kementerian Kewangan memilih LHDNM sebagai tuan rumah PSKK ke-40 2014. Penyerahan bendera kejohanan di sempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada YBhg Tan Sri CEO semasa upacara perasmian penutup PSKK Ke-39 2013 dan disaksikan oleh atlet pasukan bertanding.
YBhg Tan Sri memberikan respon positif dan mengharapkan penganjuran PSKK Ke-40 2014 terbaik yang akan menjadi kenangan manis semua atlet.
Bagi Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia yang bertanggung jawab menyediakan atlet Team LHDNM akan berusaha lebih awal. Kajian akan dibuat mencari kelemahan dan kekurangan semua atlet dalam semua acara yang disertainya dalam Tahun 2013.
Ahli Majlis, MKSHDNM
> Sent from my iPad : Supa'at Hj Othman
Tuesday, 19 November 2013
Pencapaian Team LHDNM
Pencapaian pasukan di PSKK KE-39 2013
Keseluruhan Ke: 3
Emas:
Bola Tampar Wanita, Futsal Lelaki & Karom
Perak:
Bola Tampar Lelaki, Futsal Wanita, Ping Pong & olahraga
Gangsa:
Badminton, Dart, Tenis & Tenpin Bowling Wanita
ke-4:
Bola sepak, Catur, Golf & Tenpin Bowling Lelaki
Ke-5:
Bola. Jaring
Sunday, 10 November 2013
CEO Juara Golf VIP PSKK Ke-39
Golf & Bola Tampar
Kejayaan CEO menjuarai Golf VIP mendorong Pasukan Bola Tampar Lelaki ke pertandingan akhir. Walau pun tewas, pasukan telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan dapat memberikan saingan sengit kepada pasukan pilihan juara PSKK 2013 BSN. Tahniah Pasukan Lelaki dengan Pingat Perak. Bagi pasukan wanita yang bergelar juara SUKANUN 2013 telah diramal untuk juara PSKK 2013 kerana memenangi semua pertandingan dengan mengalahkan BSN, KDRM, BNM & MoF.
Syabas kepada Pengurus Pasukan Encik Marzelan Kamarudin dan Puan Rozina Shaik Osman Merican kerana membawa pasukan Bola Tampar LHDNM di PSKK 2013 di kelas yang tersendiri. Penghargaan kepada Jurulatih, Sdr Muhammad Bashir Aid dan Sdr Megat Azlan Mohamed Esa dan semua anggota pasukan.
Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) KE-39
Pesta Sukan Kementerian Kewangan atau lebih dikenali sebagai PSKK merupakan pesta sukan tahunan dikelolakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan secara bergilir. PSKK merupakan sukan berprestij dikalangan atlet agensi yang bertanding iaitu MoF, KDRM, LHDNM, SC, BNM, JPPH, KWSP, BSN, KWAP & LADA.
Pada tahun 2013 PSKK dikelolalakan oleh Kementerian Kewangan (MoF) dan merupakan pengelolaan kali ke-39. Sumber dari PSKK bahawa SC akan mengelolakannya pada Tahun 2014 dan diikuti oleh LHDNM pada Tahun 2015.
Acara sukan yang dipertandingan pada PSKK Ke-39 adalah Golf, Bola Sepak, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, Tenpin Bowling, Dart, Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Catur, Badminton, Tenis, Karom, Bola Jaring, Ping Pong dan Olahraga. LHDNM sebagai salah satu agensi yang mengambil bahagian akan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan.
Berikut aturcara pertandingan PSKK Ke-39
Subscribe to:
Posts (Atom)